Pilihan raya yang telus Pilihan_raya_Pakistan_2008

Pada 8 Julai 2007 , sejumlah parti pembangkang Pakistan menyeru supaya Presiden Musharraf berundur dari jawatan Presiden Pakistan dan Ketua Angkatan Tentera Pakistan. Pilihan raya hendaklah diadakan seberapa segera. Parti itu termasuklah Parti Rakyat Pakistan , Liga Muslim Pakistan dan Muttahida Majlis-e-Amal.

Kebanyakan parti yang menentang Musharraf bekerjasama dalam barisan politik yang longgar yang dikenali sebagai Pergerakan Semua Parti Politik Demokratik. Satu lagi parti gabungan ialah Parti Rakyat Pakistan yang dipimpin oleh Benazir Bhutto.

Pada 20 November 2007, Presiden Pervez Musharraf pergi ke Mekah, Arab Saudi untuk mengerjakan haji dan berunding dengan Raja Abdullah. Beliau dijangka turut berunding dengan Nawaz Sharif yang kini berada di Arab Saudi. Bekas Perdana Menteri Pakistan ,Nawaz Sharif telah digulingkan oleh Jeneral Musharraf pada 1999 dalam rampasan kuasa tentera tanpa darah.

Pada 20 November 2007 lebih 3000 tahanan politik telah dibebaskan. Pembebasan ini selaras dengan pilihan raya yang bakal diadakan. Pembebasan ini adalah mesej jelas bahawa pilihan raya akan berjalan dengan adil dan bebas.